EDITOR: NORIHA BASIR, JULIANA AHMAD
PAGES: 227
SIZE: 6 inch x 9 inch
Buku Siri Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA): Naratif Bitara Bahasa Melayu ditulis sebagai rujukan untuk para pendidik, penyelidik dan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Bahasa dan Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta Universiti Awam (UA) khasnya. Buku ini menghimpunkan koleksi artikel siri pertama Susastera, Bahasa dan Budaya dan ditulis untuk mengemas kini pengetahuan guru dan penyelidik bahasa mengenai isu-isu semasa bahasa dalam dinamika ruang lingkup perbincangan penulis. Buku sulung dalam siri ini mengupas isu-isu bahasa yang merungkai kebitaraan dalam ruang lingkup bahasa Melayu. Siri ini memfokuskan naratif bitara bahasa sebagai medium perhubungan maknusiawi dan sumber pengetahuan sejagat. Buku ini mengandungi sembilan bab yang membincangkan naratif bitara bahasa Melayu dalam pelbagai topik bahasa yang cakna dengan isu-isu semasa yang bersifat sarwajagat. Kupasan isu-isu bahasa dirungkai melalui teori-teori bahasa seterusnya dibincang dan dibahas dengan pemikiran yang kritis. Bab dalam buku ini diolah berdasarkan kajian penyelidikan di Malaysia yang dijalankan oleh para pendidik dan para penyelidik. Antara tajuk yang dikupas ialah naratif bitara bahasa Melayu seiring kehidupan masyarakat, isu-isu dan cabaran perkembangan bahasa Melayu yang dipraktikkan oleh generasi kini serta perbincangan naratif bahasa yang dikupas melalui sudut bahasa yang mendalam. Perbincangan yang diketengahkan dalam bab buku ini sebenarnya dapat menjadi pengukur tahap kebitaraan bahasa Melayu mengikut denyut nadi bangsa Melayu. Semoga penulisan ini dapat dimanfaatkan seterusnya mengangkat kebitaraan bahasa Melayu ke mercu jaya. Penerbitan Siri buku ini juga menandakan kejayaan peningkatan karya penulis dalam bidang bahasa yang dipautkan melalui medium penulisan dan diharapkan hasil garapan para penulis ini dapat dikongsi bersama pembaca.